Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hargai Guru Didik Anak-Anak, Pempengaruh ‘Borong’ Emas Sebagai Hadiah

Bagi sesetengah orang, penghargaan tidak perlu ditunggu hari istimewa. Cukup dengan niat yang ikhlas dan keinginan untuk membalas jasa, ia sudah bermakna besar buat mereka yang memberi sepenuh komitmen tanpa mengharap balasan.

Perkara itu dizahirkan oleh seorang pempengaruh, Nurul Nabihan atau lebih dikenali sebagai Bihan apabila sebuah video klip yang dimuat naik di Facebook miliknya menjadi tular.

emas

Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan persiapan Bihan sebelum memberikan hadiah kepada guru-guru yang mengajar anaknya.

Apa yang menarik perhatian ramai, hadiah yang dipilih bukan sekadar barangan biasa, sebaliknya emas daripada Habib. Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa beg Habib disusun rapi dan memenuhi ruang bonet kereta, mencerminkan kesungguhan Bihan dalam menghargai jasa para pendidik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Luahan Bekas Isteri Raih Perhatian

Menurut Bihan, pada awalnya dia bercadang untuk menghadiahkan beg tangan, namun selepas memikirkan kesesuaian untuk semua guru termasuk lelaki, dia memilih emas sebagai pilihan terbaik kerana lebih praktikal dan digemari ramai.

“Mula ingat nak beli beg tangan, lepas itu fikir balik guru lelaki mana pakai. Jadi rasa beli emas lebih senang, sebab semua orang suka,” katanya.

emas

Tambahnya, kesemua hadiah tersebut disediakan lebih awal sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik dan membimbing anaknya sepanjang tempoh persekolahan.

Tidak dilupakan, Bihan turut menghadiahkan emas yang sama kepada pengawal keselamatan sekolah anaknya, sebagai penghargaan atas usaha mereka menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

emas

Momen penyerahan hadiah itu turut menyentuh perasaan apabila reaksi para guru jelas menunjukkan rasa terkejut dan terharu. Ada antara mereka yang kelihatan sebak menerima pemberian tersebut.

Bihan dilihat memeluk guru-guru wanita sambil berulang kali mengucapkan terima kasih atas usaha dan pengorbanan mereka dalam mendidik para pelajar.

emas

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap pempengaruh itu dalam menghargai jasa guru dan staf sekolah. Ramai menyifatkan penghargaan sebegini sebagai satu suntikan semangat buat golongan pendidik dan petugas yang sering berkorban demi masa depan anak-anak.

Tahniah akak hargai cikgu

emas

Terharunya akak guard pun dapat

emas

Sumber: Facebook @Nurul Nabihan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd