Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Tumpang Seronok, Andai Jennie BLACKPINK dan V BTS Bercinta

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila beberapa buah video memaparkan sosok tubuh ahli kumpulan tersohor Korea Selatan, Taehyung atau dikenali V BTS dan Jennie BLACKPINK berjalan sambil berpegangan tangan tular.

Kantoi berpegangan tangan

Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi video dimuat naik seorang jurugambar profesional dikenali Amar Taoualit di aplikasi TikTok dengan menyertakan kapsyen sehingga menarik perhatian ramai.

Malah, Amar juga mengatakan dia bertemu dengan pasangan itu di Paris meskipun diawasi oleh pengurus masing-masing bagi mengelakkan daripada diketahui media.

“Saya terjuma Jennie dan Taehyung (V BTS) di Paris. Saya lihat mereka seperti pasangan kekasih dengan penjaga, seolah-olah cuba merahsiakan hubungan diketahui industri hiburan.
“Saya syak mereka ialah Jennie dan Taehyung. Jadi, saya bertemu dengan mereka. Ya, saya dapat mengesahkan identiti itu,”ujarnya.
@taoualitamar

#kimtaehyung and #jennie in #paris #blackpink #bts #taehyung #V #kpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Perfect – Ed Sheeran

Pengurus minta ambil gambar dari jauh

Dedah Amar, pasangan selebriti itu dikawal ketat oleh pengurus dan beberapa pengawal peribadi selain diminta untuk tidak merakam gambar mahupun video secara dekat.

“Petugas meminta saya mengambil gambar dari jauh dan tidak mendekat,”ujarnya lagi.

@jennshoney

Taehyung y Jennie vistos caminando tomados de la mano en Paris. #jennie #taehyung #bts #blackpink #taennie

♬ ONLY – LeeHi

Advertisement. Scroll to continue reading.
@theh0ttea2

Taennie date in Paris (?) more videos taken showing taennie with jennie’s friend alison & manager hhuit and taehyung’s manager together night strolling the river #TAENNIE #jennie #taehyung #BTS #army #kpop #foryoupage

♬ sonido original – 🍵

Tumpang gembira

Sementara itu, rata-rata peminat menyatakan mereka tumpang gembira seandainya Jennie dan V menjadi pasangan kekasih selain berani ‘dating’ secara umum.

Sekadar info, Jennie BLACKPINK berada di Paris bagi menghadiri sebuah tayangan premier siri HBO, The Idol anjuran Filem Festival Cannes pada 22 Mei nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, V BTS dilaporkan bertolak dari Korea Selatan ke Paris pada 15 Mei lalu.

@evlis4

Taehyung to Paris🥰 nglihat dia salting gw ikutan salting😳Lidah dikondisikan😭Tae lg happy bgt kyaknya. mirip kyak tahun lalu pas mo ke Paris☺️ #taehyung #vbts

♬ 슝! (feat. LISA of BLACKPINK) – TAEYANG & LISA

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh agensi kedua-dua selebriti tersebut, baik YG Entertainment mahupun HYBE mengenai video tular tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: TikTok @taoualitamar, idntimes

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd