Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam, Guna Nama Abu Bakar

Bagi penyokong pasukan Red Worrior, pastinya tidak asing lagi dengan nama Pol Corpas Cuatrecasas yang merupakan pembantu jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC.

Peluk Islam dengan kerelaan hati

Memetik laporan dari Berita Harian, Pol Corpas dimaklumkan telah memeluk Islam pada Isnin lalu dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan pemilik Kelantan FC iaitu Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham.

Guna nama Abu Bakar

 

Menerusi perkembangan, Pol Corpas telah menggunakan nama  Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa sebagai nama barunya dan Zamsaham memaklumkan yangt tiada paksaan untuknya dalam memeluk Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik Kelantan FC itu juga mengucapkan terima kasih kepada Hidayah Centre Foundation kerana telah membantu dalam hal-hal berkaitan pendaftaran kerana urusan yang berlangsung begitu mudah.

Untuk makluman, Pol Corpas Cuatrecasas, 26 berasal dari Barcelona Sepanyol dan sudah dua tahun berada di Kelantan.

Menjengah ke Instagramnya, dia dilihat sudah bersedia untuk menjadi seorang saudara baru apabila berkongsi gambar bersama temannya merayakan Aidilfitri pada tahun lalu.

Sumber: Berita Harian (Iswan Shafiq Isa), Facebook Zamsaham

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd