Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Wanita Halang Laluan Ambulans Ada Masalah Mental

Baru-baru ini tular di media sosial video pemandu wanita halang laluan ambulans walaupun siren telah dibunyikan. Dia yang memandu kereta jenis Toyota Camry langsung tidak ketepi dan mengikuti pergerakan ambulans sehingga menghalang laluan.

Tidak beri ambulans laluan

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur pada 25 Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu wanita halang laluan ambulans dikenalpasti

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan Pihak Polis Trafik Kuala Lumpur, pemandu berkenaan sudahpun dikenalpasti dan mendapati dia mempunyai masalah mental.

Artikel lain: Pesakit Meninggal Dunia Dalam Ambulans, Laluan Dihalang Pemandu Perodua Kembara

Pemandu wanita halang laluan ambulans ada masalah psikiatri

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan yang pihaknya mengesan pemandu berusia 41 tahun selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.

“Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.
“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya.

Terdahulu, pihak polis telah mengesan video tular di media sosial itu memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta terbabit di Jalan Lingkaran Tengah II ( MRR2 ) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.

Sumber: X Jabatan Netizen Malaysia, Kenyataan Media Ketua Jabatan Siasatan & Pengangkutan Trafik KL

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd