Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sukan SEA 2025: Pemain E-Sukan Thailand Digugurkan, Kantoi ‘Hack’ Game

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara Arena of Valor (RoV) terpaksa dikeluarkan daripada kejohanan selepas disahkan melanggar peraturan yang ditetapkan penganjur.

Pemain Thailand digugurkan

Menerusi perkongsian di X, pemain yang dikenali dengan nama permainan Tokyogurl itu didapati menggunakan bantuan luar yang tidak dibenarkan dalam pertandingan rasmi.

thailand

Sebelum tindakan diambil, gerak-geri atlet berkenaan sudah mula dipersoalkan penonton apabila dia dilihat sering menyembunyikan skrin peranti ketika rakaman siaran langsung berlangsung.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Ratu Wusyu Hadiahkan Dua Emas Penutup Buat Kem Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan komuniti E-sukan sehingga akhirnya membawa kepada siasatan menyeluruh oleh penganjur.

Keputusan untuk menggugurkan pemain berkenaan memberi impak besar kepada pasukan tuan rumah yang sebelum ini dianggap antara pencabar utama.

thailand

Namun, kejutan lebih besar menyusul apabila pihak pengurusan tertinggi E-sukan Thailand mengumumkan langkah yang lebih ekstrem.

Presiden Persatuan E-sukan Thailand, Santi Lonthong memaklumkan bahawa Thailand memilih untuk tidak meneruskan penyertaan dalam acara RoV wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengumuman itu dibuat secara terbuka menerusi siaran langsung, dengan beliau menekankan bahawa keadilan dan ketelusan perlu diutamakan walaupun melibatkan kepentingan pasukan sendiri.

thailand

Situasi ini mencetuskan perbincangan meluas tentang keperluan kawalan lebih ketat dalam E-sukan, termasuk penggunaan peranti, pemantauan teknikal serta pematuhan peraturan oleh atlet.

Insiden berkenaan dilihat sebagai peringatan jelas bahawa E-sukan kini berada di tahap profesional yang menuntut integriti setaraf sukan tradisional.

Sumber: X @subzidite2

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd