Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia Alami Kecederaan Teruk Di Kaki

Pemain bola sepak terkaya dunia, Faiq Jefri Bolkiah, 25 mengalami kecederaan yang agak menakutkan dalam aksinya bersama pasukan Ratchaburi kelmarin.

Anak saudara Sultan Brunei

Memetik laporan dari Mail Online, Faiq Bolkiah yang merupakan anak saudara Sultan Brunei dengan mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) telah dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk Ratchaburi ketika menentang Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.

Pemain bola sepak terkaya dunia alami kecederaan di kaki

Walau bagaimanapun, selang beberapa minit dia telah berlaga dengan pemain lawan dan kakinya tersadung sehingga terpaksa diusung keluar padang.

Disebabkan kecederaan serius yang dialami, dia telah dikejarkan ke hospital. Presden kelab Ratchaburi, Tanawat Nitikanchana telah datang ke hospital bagi melawat pemain tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain bola sepak terkaya dunia dikunjungi presiden kelab di hospital

Tanawat turut membawa isteri serta anak-anaknya untuk mengetahui perkembangan keaadaan Faiq yang dilihat berpakaian hospital dan mendapat rawatan sewajarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini hari menyedihkan. Putera@fjefrib tercedera ketika beraksi untuk kami@rbfcofficial_,” tulis Tanawat dalam kapsyen. “Saya tahu anda tentu terkejut dan mengalami kesakitan.
“Tetapi anda perlu tahu kami akan sentiasa bersama anda sehingga anda kembali menyarung jersi naga dan menjaringkan gol.
“Walaupun anda di sini baru lapan bulan tetapi saya yakin setiap orang di kelab ini dan peminat menyayangi anda. Kami akan tunggu anda kembali bersama kami.” tulis Tanawat menerusi kapsyen di Instagramnya.

Sekadar info, Faiq telah menyertai Ratchaburi pada musim panas lalu selepas meninggalkan kelab Chonburi.

Sebelum ini, sewaktu melanjutkan pelajaran di England, Faiq memilih untuk menjadi pemain bola sepak profesional apabila menyertai akademi Southampton, Chelsea dan Leicester.

Dia telah mencuba nasib untuk bermain bersama Reading, Arsenal dan Stoke namun gagal. Setelah itu, dia telah berkelana ke Portugal dan bermain bersama kelab  Maritimo sebelum ke Thailand.

Sumber: mail online

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd