Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Peluncur Korea Selatan Terlepas Pingat Emas Selepas Rai Kejayaan Terlalu Awal

Atlet peluncur Korea Selatan terpaksa melepaskan pingat emas yang sepatutnya dimiliki mereka kepada pasukan dari Taiwan susulan meraikan kemenangan terlalu awal sehingga dipintas di garisan penamat.

Peluncur Korea Selatan dipintas lawan di garisan penamat

Memetik laporan dari Mothership, pasukan Korea Selatan kehilangan pingat emas mereka dalam acara skating laju 3,000m akhir berganti-ganti lelaki apabila dipintas  dengan perbezaan masa hanya 0.01 saat pada 2 Okt di Sukan Asia Hangzhou.

Pasukan Korea Selatan telah diwakili oleh tiga orang atlet iaitu Choi In-ho, Choi Gwang-ho dan Jung Cheol-won.

Peluncur Korea Selatan terakhir lakukan kesilapan besar

Diawal perlumbaan, pasukan Korea Selatan memang kelihatan mendahului peserta-peserta lain. Namun, ketika giliran peluncur terakhir meneruskan acara, atlet berkenaan tidak dapat mengekalkan kelajuannya sehingga tamat.

Lebih memburukkan keadaan apabila dia seolah-olah kehilangan fokus dalam perlumbaan dan meraikan  ‘kemenangan’ lebih awal sebelum melintasi garisan penamat lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet Taiwan regangkan kaki, beza masa 0.01

Perkara tersebut berbeza dengan pasukan Taiwan apabila atletnya dilihat bersungguh-sungguh melepasi garisan penamat dan bertindak meregangkan kaki bagi memastikan dapat memintas pasukan Korea Selatan.

Oleh sebab itu, pasukan Korea telah menganggap bahawa mereka berjaya memenangi pingat emas sehinggalah terpampang skor rasmi yang memperlihatkan mereka ketinggalan 0.01 saat dari pasukan Taiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan Korea Selatan telah mencatat rekod 4:05.702 manakala, pasukan Taiwan telah menamatkan acara pada 4:05.692.

Peluncur Korea Selatan terlepas pengecualian khidmat ketenteraan

Menerusi laporan dari media tempatan, peluncur terakhir telah membuat permohonan maaf kepada pasukannya dan para peminat acara berkenaan kerana telah melakukan kesilapan yang cukup besar.

Mereka juga dikhabarkan terlepas peluang untuk tidak mengikuti perkhidmatan ketenteraan selama 18 bulan memandangkan tidak mendapat pingat emas yang sepatutnya diperoleh.

Difahamkan, para atlet yang memenangi pingat emas sewaktu suka Asia akan dikecualikan daripada mengikuti perkhidmatan wajib tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, dua daripada tiga atlet tersebut tidak dapat melepaskan diri dari perkhidmatan yang diwajibkan kepada semua lelaki berusia 28 tahun yang sihat serta tidak mengalami kecacatan.

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka masih berpeluang jika dapat memberi kemenangan pingat emas pada Sukan Asia pada 2026.

Sumber: Mothership

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd