Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pelantikan Thaksin Sebagai Penasihat Dianggap Penghubung ASEAN – Mohamad

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia semasa pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Foto: BERNAMA

Menurut laporan BERNAMA, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjelaskan bahawa peranan Thaksin adalah untuk bertindak sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh kerjasama antara rantau ASEAN dengan kuasa besar global.

“Peranannya sebagai penasihat adalah tidak rasmi, namun Thaksin memiliki pengaruh besar di Thailand dan diterima oleh Amerika Syarikat, selain mempunyai hubungan erat dengan China. Oleh itu, beliau dapat menjadi jambatan penghubung untuk ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertemuan media sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Kuala Lumpur malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelantikan ini dicadangkan oleh Malaysia dan telah dipersetujui oleh Thailand, yang kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Mohamad menekankan bahawa pelantikan ini bukan sebagai penasihat kepada pengerusi ASEAN, tetapi sebagai penasihat peribadi Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan tersebut.

Malaysia akan secara rasmi memegang jawatan pengerusi ASEAN pada 1 Januari tahun hadapan dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang bertujuan memupuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pelantikan tokoh-tokoh lain untuk peranan yang sama akan diumumkan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bukan sebagai penasihat kepada pengerusi ASEAN, tetapi sebagai penasihat kepada Perdana Menteri selaku pengerusi ASEAN. Ia bukan penasihat yang berasaskan ASEAN, jadi bukan kumpulan formal atau segmen baru dalam ASEAN,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd