Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Lance Reddick Meninggal Dunia, Punca Kematian Masih Dirahsiakan

Berita mengenai bintang Hollywood, Lance Reddick yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun telah mengejutkan ramai terutamanya dalam kalangan peminat di laman sosial.

Menurut laporan mStar, difahamkan jasad pelakon terbabit ditemui di kediamannya yang terletak di Studio City, Los Angeles pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa masih tidak mendedahkan asbab kematian Reddick malah, ada khabar angin yang mendakwa aktor tersebut meninggal dunia akibat sakit tua.

Apa yang lebih menyayat hati, Reddick sempat menghadiri sebuah sidang media di Los Angeles untuk mempromosikan filem John Wick Chapter 4.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, Reddick yang juga memegang watak sebagai Charon dalam filem terbabit sempat membintangi John Wick untuk keempat-empat siri.

Sekadar info, Reddick telah mendirikan rumah tangga bersama Stephanie Day dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yvonne Nicole Reddick dan Christopher Reddick.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd