Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan Dua Maut Ditembak Rakan Ketika Main Sembunyi-Sembunyi

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika bermain sembunyi-sembunyi bersama rakannya di halaman rumah di Jalan Kem PPH, di Keningau pada Ahad.

Pelajar ditembak ketika bersembunyi

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi apabila mangsa, yang sedang bermain bersama rakannya, secara tidak sengaja terkena tembakan dari jarak kira-kira tiga meter.

pelajar

Foto: Berita Harian

Penduduk kampung yang berada berhampiran segera membawa mangsa ke Hospital Keningau, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia Akibat Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan Dua

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata siasatan awal mendapati rakannya ternampak mangsa memegang bakakuk sebelum meminta untuk bergurau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika bermain sembunyi-sembunyi, mangsa bersembunyi di bawah kolong rumah dan tembakan dilepaskan secara tidak sengaja,” katanya.

Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami 14 kesan tembakan di beberapa bahagian tubuh, termasuk dada, lengan, lutut dan sisi badan.

pelajar

Siasatan lanjut menunjukkan senjata itu disorokkan oleh adik mangsa yang berusia 13 tahun, manakala bakakuk miik bapa mereka yang berusia 70 tahun.

Ketiga-tiga beranak kini ditahan untuk membantu siasatan. Polis turut merampas senjata, peluru hidup, kelongsong peluru, pakaian serta dua telefon bimbit. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian (Juwan Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd