Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pelaburan Dalam Negara Tidak Jejaskan Bayaran Dividen Kepada Pencarum KWSP

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberi saranan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan dalam negara untuk melonjakkan ekonomi negara.

Foto: Google

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Afzanizam berkata pelaburan dalam negara tidak akan menjejaskan pulangan kepada pencarum KWSP.

“Pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk KWSP adalah berpandukan kepada Alokasi Kelas Aset Strategik (SAA) yang akan menentukan jumlah pelaburan mengikut kelas aset seperti bon, ekuiti, hartanah, infrastruktur dan pasaran wang, di samping nisbah pelaburan mengikut geografi iaitu dalam dan luar negara,” katanya.

Foto: FB KWSP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut berkata tujuan, pelaburan itu adalah untuk memastikan pulangan pelaburan selaras dengan toleransi risiko, objektif pelaburan dan tempoh jangka masa pelaburan yang menjadi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

“Dalam kes KWSP, 62 peratus daripada jumlah aset yang berjumlah RM1.14 trilion pada 2023 dilaburkan dalam pasaran domestik.
“Ini bersamaan sekitar RM707 bilion atau 39 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” ujarnya.

Mohd Afzanizam juga berkata, KWSP perlu membawa kembali sebahagian daripada hasil pelaburan luar negara ke Malaysia bagi memenuhi tuntutan bayaran dividen kepada pencarum.

“Bayaran dividen kepada pencarum adalah berdasarkan pendapatan yang telah direalisasikan dan bukan keuntungan berdasarkan perakaunan,” tambahnya lagi.

Foto: FB KWSP

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, KWSP diberikan mandat kebijaksanaan dalam menyusun portfolio pelaburan yang terbaik.
Beliau juga berkata bahawa KWSP perlu diberikan kebebasan untuk membuat pelaburan mengikut situasi kewangan global semasa dan saranan kerajaan tersebut adalah kerana pasaran saham akan kembali berkembang termasuklah Bursa Malaysia.
“Pasaran kewangan global dijangka berubah apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memulakan pemotongan kadar faedahnya daripada kadar sekarang 5.5 peratus,” katanya.

Malaysia mampu menarik pelaburan jangka panjang serta pelancong untuk datang ke negara kerana mempunyai potensi yang tinggi dalam mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd