Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pegawai SPRM Didakwa Terima Suapan RM640,000 Supaya Anak Muhyiddin Tak Direman

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ telah didakwa di Mahkamah Seksyen selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman oleh SPRM.

Menurut laporan Harian Metro, ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, dan Mohd Rasyidi Mohd Said, 43 bagaimanapun mengakui tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh.

Kedua-kedua tertuduh telah meminta wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan SPRM.

Difahamkan, mereka telah melakukan kegiatan rasuah itu pada 5 Mac lalu di sebuah restoran di Bangsar antara 9 dan 11 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Datuk Roy pernah direman bagi membantu siasatan susulan program Jana Wibawa namun, dia telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Dia telah dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan selepas mendapat kebenaran Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd