Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegang Mentol Ketika Hujan Lebat, Pelajar Tahfiz Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang pelajar tahfiz di sebuah madrasah yang terletak di Kampung Gong Penaga, Jabi, Besut maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik, malam tadi.

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Abdul Rozak Muhammad memaklumkan mangsa, Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.35 malam di unit kecemasan Hospital Besut.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Rozak berkata, pengadu yang juga merupakan guru tahfiz madrasah tersebut menerima panggilan daripada rakan setugas memaklumkan Fahim tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik kira kirajam 10.30 malam yang sama.

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa dia memegang mentol untuk pergi basuh tangan di ruangan sinki ketika hujan lebat.
“Ketika pengadu sampai di madrasah mendapati pelajar lain mengangkat mangsa ke dalam kereta dan terus ke Hospital Besut,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Nurul Fatihah Sulaini)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd