Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Janji Dapat Teruskan Hidup” – Video Lama Pasangan Tragedi Enam Beranak Jual Roti Canai Murah Undang Sebak

Pasangan Tragedi Enam Beranak

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.”

Itu luahan terakhir Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang tular kembali selepas beliau dan suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, bersama empat anak mereka maut dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra.

Insiden berlaku selepas kereta dinaiki sekeluarga itu dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika dalam perjalanan pulang ke Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman.

Video Lama Pasangan Tragedi Enam Beranak Jual Roti Canai Murah Undang Sebak

Lebih menyentuh perasaan, video temu bual pasangan berkenaan bersama satu akaun TikTok tempatan pada April lalu kembali dikongsi ramai. Ia memperlihatkan kehidupan mereka yang sederhana serta keikhlasan dalam mencari rezeki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, pasangan tersebut berkongsi mengenai perniagaan kecil mereka yang beroperasi di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar.

“Kami ini meniaga roti canai, dah lama dan berpindah banyak tempat. Sekarang meniaga di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar,” kata Nurul Hidayah.

Gerai mereka turut menjual pelbagai hidangan seperti tosai, capati dan roti banggali. Harga roti canai pula hanya RM1.20, bertujuan memberi pilihan makanan mampu milik kepada pelanggan yang kebanyakannya kakitangan hospital dan orang awam.

“Pelanggan kami banyak kakitangan hospital dan juga orang awam. Jadi kami jual pun tak mahal lah,” tambahnya dalam video berkenaan.

Pasangan suami isteri itu turut dikenali sebagai peniaga yang mesra pelanggan dan ringan tulang membantu satu sama lain ketika berniaga.

Perkongsian itu mengundang reaksi sebak netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kehidupan mereka yang penuh sederhana dan kasih sayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:  “Doakan Kakak Qisya Kuat” – Keluarga Reda Pemergian Enam Beranak, Mohon Hubungi Jika Ada Urusan Tertunggak

Jenazah kesemua mangsa telah ditemui pada pagi Isnin di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang tenggelam di dasar sungai. Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri serta empat anak berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri selepas kenderaan terbabas namun gagal keluar sebelum tenggelam sepenuhnya.

  

Tragedi itu mengingatkan ramai tentang nilai keikhlasan, usaha mencari rezeki halal dan kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana yang kini hanya tinggal kenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok orangbisnes

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd