Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Tak Halang Konsert, Hanya Tentang Artis Promosi Agenda ‘Geng Pelangi’

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tak halang konsert, sebaliknya mahu penganjuran acara hiburan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Timbalan Presiden, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tak halang konsert dan Jabatan Agama Islam (JAKIM) sudah mempunyai garis panduan. Oleh itu, kerajaan kini mesti ikut garis panduan tetapkan.

“Kita bukan halang konsert, bahkan di era Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah dianjurkan konsert Mawi di Kota Bharu.
“Hiburan bukan salah dalam Islam, tetapi mesti ikut garis panduan yang telah ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyatakan PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan ketika PAS berada dalam kerajaan.

PAS tak halang konsert

Bekas Ahli Parlimen Rembau dalam forum bertajuk ‘Politics 101: Politics, Policies and Personal Journeys with Khairy Jamaluddin mendakwa PAS hanya menyentuh isu itu sekali sahaja ketika berada dalam kerajaan, iaitu selepas kerajaan membuka semula ekonomi susulan pandemik COVID-19.

Khairy dipetik berkata, menteri agama ketika itu, Datuk Idris Ahmad daripada PAS hanya minta jumlah konsert dikurangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hanya tentang artis promosi agenda berkaitan LGBT

Jelas Tuan Ibrahim, PAS hanya menentang konsert artis yang mempromosikan agenda berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan nilai yang bertentangan dengan dasar negara dan budaya tempatan.

“Kita harus jelas ke mana hala tuju masa depan rakyat kita, membina ke arah budaya Timur yang berteraskan budaya Islam adalah dasar kebudayaan nasional.
“Kenapa kita mempromosikan budaya liar yang menjurus kepada budaya hedonisme dan LGBT.
“Apapun Islam tidak menentang hiburan kerana hiburan wujud dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW,”katanya lagi.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta Kementerian Komunikasi mengambil kira dan menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert.

Apatah lagi, pandangan tersebut mengenai larangan terhadap aktiviti golongan LGBT yang bukan ijtihad ulama, tetapi berdasarkan nusus syar’iyyah yang disebut dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.

Artikel lain: Tak Perlu Dibatalkan, Konsert Ed Sheeran Terus Gegar Kuala Lumpur Pada 24 Februari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Salim juga kesal dengan penganjuran konsert membabitkan artis luar negara yang dikatakan penyokong tegar LGBT.

Katanya lagi, sebagai negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, kerajaan sepatutnya tidak membuka ruang kepada penganjuran konsert artis pendukung amalan maksiat yang dilarang bukan sahaja oleh agama Islam, malah oleh semua agama.

Beliau juga mengulas mengenai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung pada 24 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ed Sheeran juga didakwa menyokong aktiviti LGBT dan pernah menganjurkan konsert di Malaysia pada April 2019 di stadium sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Rohaniza Idris)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd