Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Papa Zola The Movie Cipta Fenomena, Kutipan Lepasi RM10 Juta Selepas Empat Hari Tayangan

Filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie mencipta pencapaian membanggakan apabila kutipan box office melepasi RM10 juta sejak mula ditayangkan pada 11 Disember lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pencapaian tersebut disifatkan sebagai di luar jangkaan apabila filem berkenaan bukan sahaja mendapat sambutan hebat di pawagam, malah menjadi bualan hangat di media sosial.

papa zola

Penceritaannya yang jujur dan dekat dengan realiti kehidupan seharian dilihat memberi impak mendalam khususnya kepada penonton dewasa.

Maklum balas positif penonton turut mencetuskan perbincangan lebih meluas mengenai tekanan hidup, pengorbanan serta erti kejayaan sebenar dalam kehidupan moden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Filem Animasi Merah Putih Dikecam, Netizen Indonesia Dakwa Kualiti Macam Budak Sekolah

Pendekatan ini dianggap berbeza berbanding kebiasaan filem animasi tempatan, sekaligus membuka dimensi baharu dalam genre berkenaan.

Selain kekuatan naratif, Papa Zola The Movie turut menampilakan visual dan aksi yang mengujakan, menjadikannya sesuai dinikmati oleh penonton pelbagai peringkat usia termasuk golongan kanak-kanak.

papa zola

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta Studio, Nizam Abd Razak mengakui pihaknya tidak menyangka filem tersebut mampu memberi kesan emosi yang kuat kepada penonton daripada latar usia berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih kepada penonton, rakan media serta pempamer yang terus memberi sokongan. Reaksi dan perkongsian penonton menunjukkan kisah ini benar-benar berakar daripada realiti kehidupan masyarakat,” katanya.

Beliau turut berharap kejayaan itu dapat membuka ruang kepada industri animasi tempatan untuk tampil dengan penceritaan yang lebih matang dan bermakna pada masa hadapan.

papa zola

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan sambutan hangat penonton sebagai penghargaan besar buat seluruh pasukan produksi.

“Melihat penonton tersentuh dan berkongsi pengalaman selepas menonton filem ini amat bermakna buat kami semua.
“Menjelang cuti sekolah, kami berharap lebih ramai keluarga dapat meluangkan masa menonton Papa Zola The Movie di pawagam,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Puteri Alia Zarifah Zanaruddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd