Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pangku Wanita Atas Riba Ketika Memandu, Pemandu Bas Dibuang Kerja Serta Merta

Tular di media sosial mengenai aksi seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu dengan seorang wanita duduk di atas ribanya, akhirnya membawa padah apabila dia ditamatkan perkhidmatan serta-merta oleh syarikatnya, Sri Maju Group.

Memetik kenyataan dibuat di media sosial, syarikat bas telah mengesahkan individu dalam video itu adalah pekerja mereka dan menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang mengecewakan, membimbangkan serta tidak boleh diterima.

Perkhidmatan ditamatkan serta merta

Difahamkan, kejadian itu berlaku dalam bas ekspres bagi laluan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin, Johor Bahru dan pihak syarikat turut membuat laporan polis selain memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Dalam masa sama, langkah penambahbaikan seperti pemasangan sistem pengawasan video turut dipercepatkan bagi memastikan keselamatan lebih terjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkhidmatan pemandu berkenaan bersama Sri Maju Group sudah ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.
“Insiden itu sudah dilaporkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kami sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan yang sedang dijalankan.
“Selain itu, mengambil langkah penambahbaikan pemantauan video. Sistem pengawasan video bagi pemandu dan di dalam bas sudah dipasang pada bas baharu kami dan kerja pemasangan sedang dilaksanakan dengan kadar segera bagi bas sedia ada yang belum dilengkapi dengan sistem berkenaan,” katanya.

Keselamatan penumpang keutamaan syarikat

Pihak syarikat turut memohon maaf kepada semua penumpang dan orang awam atas kejadian tersebut serta menegaskan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Mereka juga mengakui insiden itu merupakan pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard serta etika profesional yang ditetapkan.

“Keselamatan serta keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.
“Tingkah laku yang dipaparkan dalam video berkenaan adalah suatu pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard syarikat, selain bercanggah sama sekali dengan tataetika profesional yang kami tetapkan bagi semua pemandu kami.
“Selama ini, kami sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengekalkan kepercayaan serta sokongan pelanggan kami yang dihargai.
“Namun, kami amat kesal bahawa walaupun pelbagai langkah pencegahan dan pemantauan dilaksanakan, insiden seperti ini masih boleh berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan penumpang dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan mengambil segala langkah yang perlu serta sewajarnya bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.
“Kami kekal komited sepenuhnya terhadap keselamatan, keselesaan, dan kepercayaan setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan sudah mengenal pasti syarikat serta pemandu terbabit dan mengarahkan individu itu hadir ke pejabat JPJ bagi tindakan lanjut.

Sumber: Facebook Sri Maju Tours
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd