Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pak Cik Grab Asyik Tersalah Simpang, Lelaki Tawar Diri Untuk Bonceng Motosikal

Kadang-kadang perjalanan yang nampak mudah boleh bertukar menjadi pengalaman paling kelakar dan tidak dijangka.

Menerusi perkongsian di Instagram @cliff_kwj, Cliff berkongsi pengalaman menaiki Grab semasa melancong ke Thailand yang sepatutnya perjalanan satu kilometer hanya lima minit, tetapi bertukar menjadi 22 minit penuh salah simpang dan gelak tawa

grab

Penunggang Grab yang dinaiki Cliff sudah berusia dan nampaknya tidak terlalu mempercayai peta.

“Saya dah cakap banyak kali yang dia salah simpang tapi dia tetap tersasar,” katanya.

Akhirnya, Cliff mengambil keputusan untuk memandu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak apa pak cik, biar saya pandu, pakcik pegang beg saya ja.” ujarnya.

Walaupun begitu, pakcik Grab tetap memberi arahan dari belakang yang menyuruh Cliff perlahankan pemanduannya.

Cliff memuat naik video tersebut dengan caption,

“Perjalanan yang sepatutnya lima minit bertukar menjadi lawatan pengembaraan percuma selama 20 minit. Bukan mengeluh, cuma salah satu pengalaman Grab paling kelakar pernah saya alami.” tulisnya.

Yang membuatkan pengalaman ini lebih lucu bukan sahaja salah simpang berulang kali, tetapi juga kerana penunggang  itu sudah berusia.

grab

Semangatnya tinggi, tetapi keyakinan pada Google Maps tetap menjadi cabaran tersendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari satu kilometer menjadi 22 minit penuh gelak tawa, pengembaraan ini pasti diingati Cliff untuk seumur hidup. Kadang-kadang perjalanan yang mudah boleh menjadi pengalaman paling kelakar dan manis.

Sumber: Instagram @cliff_kwj

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd