Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Padang Stadium Berlopak, TMJ Ulas Punca Liga Bola Sepak Dipintas Negara Lain

Pemangku Sultan Johor, Tunku Makhkota Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berkaitan isu padang berlopak di negara ini.

Menerusi hantaran di IG Story milik, baginda menyatakan fakta bahawa hanya padang di Stadium Sultan Ibrahim sahaja yang terkecuali daripada berlopak ketika hujan.

“Semua stadium dalam negara sama padang berlopak apabila hujan. Yang tak berlopak hanya SSI Johor. Itu adalah fakta,” katanya.

Menurut pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) itu, kesemua padang di stadium negara berlopak berpunca daripada ‘cow grass’ yang menyebabkan air tidak dapat diserap.

Jelasnya lagi, Malaysia merupakan satu-satunya negara asia tenggara yang masih menggunakan rumput lembu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut berpendapat bahawa kemudahan dan infra bola sepak di Malaysia masih teruk dan sudah dipintas oleh negara jiran, Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Facilities dan infra bola sepak teruk. Mentality bodoh sombong, cepat puas hati, selesa dan sentiasa ada alasan akan jatuhkan standard liga kita. Thailand dah atas kita. Indonesia atas kita dalam segi infra,” ujarnya.

Tegas baginda, sekiranya mentaliti sombong dan mudah selesa masih tidak diubah, ia bukan sahaja akan menjatuhkan reputasi liga bola sepak Malaysia, malah negara lain seperti Vietnam dan Kemboja akan memintas negara kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TMJ turut mengingatkan bahawa infra bola sepak memainkan peranan penting dalam melahirkan kualiti dan piawaian liga bola sepak di Malaysia.

Sumber: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd