Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Curi Kabel, Lelaki Melecur Terkena Renjatan Elektrik

Seorang lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di Kampung Gentisan di Kota Kinabalu di sebuah pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) awal pagi semalam.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata kejadian kira-kira tiga pagi itu disedari penduduk kampung setelah mendengar ledakan kuat sebelum bekalan elektrik mula terputus setelah itu.

Foto hiasan: Sinar Harian

“Penduduk kemudian terdengar suara orang menjerit meminta tolong sebelum menemukan seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan kesan kulit terbakar.
“Seorang lagi rakannya dipercayai turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Dalam pada itu, menurut Kalsom, lelaki itu melecur pada tahap dua hingga tiga di bahagian muka, leher, bahu dan tangan itu telah dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan susulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala, bagi seorang lagi rakannya masih belum dijumpai dan tindakan lanjut akan dilakukan dalam minggu ini sambil menanti keterangan dari pelaku.

Beliau turut memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Lokal

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd