Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Otot Berhenti Merosot, Adik Naail & Athif Boleh Bernafas Sendiri Tanpa Alat Bantuan

Sebelum ini, negara kita pernah tular dengan kisah adik Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1 namun, telah berjaya mendapat rawatan Gene Therapy Zolgensma selepas dana RM9.28 juta berjaya dikumpulkan menerusi misirakyat.

Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Founder Misi di laman Facebooknya, dia berkongsi mengenai perkembangan terkini adik Naail dan Athif yang menunjukkan tahap kesihatan baik.

Menerusi hantaran tersebut, Founder Misi mendedahkan otot baby Naail dan Athif sudah berhenti merosot malah, mereka juga sudah tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

https://www.facebook.com/foundermisi/videos/850260339615012/

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keluarga baby naail dan Athif update kata otot mereka dah berhenti merosot dan mula lalui proses menghidupkan otot setiap bahagian tubuh.
“Naail dan Athif juga dah boleh buka alat bantuan pernafasan untuk masa yang semakin lama bererti otot jantung mereka dah semakin pulih dan menguat,” ujarnya di kapsyen.

Syukur alhamdulilah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan kedua-dua bayi tersebut dan sentiasa mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi serta sihat selalu.

Dalam pada itu, Founder misi turut menyeru kepada orang ramai untuk membantu baby Qaisar yang masih memerlukan dana yang juga menghidap masalah yang sama.

Sumber: Facebook @Founder Misi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd