Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pencapaian Luar Biasa! Nur Syafienaz Jadi Orang Asli Pertama Ikuti Program TESL

Impian seorang pelajar cemerlang Orang Asli suku Temiar, Nur Syafienaz Nazri, 18, untuk menjadi guru kini semakin hampir menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu.

Pelajar dari Kampung Lambok, Kuala Betis, Gua Musang itu berkata peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan kepada generasi muda Orang Asli bahawa pendidikan merupakan senjata penting untuk mengubah nasib keluarga.

“Sejak kecil lagi saya memang bercita-cita ingin menjadi seorang guru dan meminati subjek Bahasa Inggeris kerana di kampung saya tidak ramai yang mampu menguasai bahasa ini.
“Saya belajar bersungguh-sungguh hingga memperoleh keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan tanpa berfikir panjang terus memohon IPG. Alhamdullilah, akhirnya permohonan saya diterima,” katanya ketika ditemui pemberita IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Orang Asli pertama ikuti Program TESL

Orang Asli pertama ikuti Program TESL

Foto: Bernama

Bercerita lanjut, anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia mula serius menguasai Bahasa Inggeris sejak Tingkatan Empat dengan belajar melalui media sosial seperti TikTok dan YouTube, selain sokongan berterusan daripada guru di sekolah.

“Saya bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajian di IPG bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL).
“Saya harap anak Orang Asli dapat buka minda, keluar daripada zon selesa dan capai apa yang terbaik dalam pendidikan, jangan malu untuk belajar dan berubah,” katanya yang turut ditemani ibu, Siti Norsyakila Kamarzaman, 36.

Sementara itu, Siti Norsyakila berharap anaknya dapat menyesuaikan diri ketika melanjutkan pengajiannya dan belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Pengarah IPG Kampus Kota Bharu Dr Narita Mohd Noor berkata Nur Syafienaz merupakan pelajar pertama daripada masyarakat Orang Asli yang mendapat tawaran mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di kampus berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isteri Lari Tinggalkan Rumah! Bapa OKU Ambil Upah Baiki Kasut, Sara 3 Anak Walau Sakit Jantung

Orang Asli pertama ikuti Program TESL

“Saya bangga kerana menerima pelajar cemerlang daripada masyarakat Orang Asli bagi program TESL. Ini pencapaian luar biasa kerana tidak ramai daripada mereka yang mampu menguasai Bahasa Inggeris dan meminatinya, jika ada pun sebelum ini yang menyambung pengajian dalam Bahasa Melayu dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata 529 pelajar baharu mendaftar untuk melanjutkan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu pada tahun ini, berbanding lebih 200 pelajar tahun lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd