Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Tiga Atlet Negara Pulang Awal, Tersingkir Pada Pusingan Kelayakan

Tiga atlet negara terpaksa pulang awal ke tanah air selepas tidak dapat meneruskan perjuangan di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kerana terkandas pada pusingan kelayakan.

Menurut laporan Harian Metro, ketiga-tiga atlet berkenaan merupakan penembak negara, Johnathan Wong dan dua wakil perenang negara, iaitu Khiew Hoe Yan dan Tan Rouxin.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara 

“Johnathan Wong muncul atlet pertama negara yang mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Paris apabila menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-26 daripada 33 penembak dengan catatan 570 mata dalam acara 10 meter air pistol lelaki.
“Mengikut format pertandingan, hanya lapan penembak terbaik layak ke pentas final,” katanya.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet perenang negara, Hoe Yan, 21, pula dilapokan hanya berjaya menduduki tangga ke-27 daripada 37 peserta selepas catatan masanya tidak melepasi had kelayakan, iaitu 3 minit 51.66 saat pada saringan kedua acara 400m gaya bebas lelaki di Paris La Defense Arena.

“Turut tersingkir awal adalah perenang wanita negara, Tan Rouxin yang tampil kali pertama di pentas Olimpik.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara 

“Beraksi di Paris La Defense Arena, Rouxin mencatatkan satu minit dan 12.50 saat untuk mengungguli saringan pertama 100m kuak dada wanita namun catatan itu gagal menempatkan dirinya dalam 16 terbaik untuk bertanding di separuh akhir,” jelasnya.

Untuk makluman, seramai 26 atlet negara beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan harapan utama negara untuk mendapat pingat emas terletak pada dua atlet utama negara, iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang (sukan berbasikal trek) dan Lee Zii Jia (badminton).

Sumber: Harian Metro (Saiful Affendy Sapran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd