Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nikita Mirzani Syukur, Teman Lelaki Peluk Agama Islam

Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani meluahkan kesyukuran apabila teman lelakinya, Antonio Dedola mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Khabar baik itu dikongsikan oleh aktres berusia 36 tahun itu di laman Instagram miliknya, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Dedola dilihat memakai persalinan putih lengkap bersongkok sebelum melafazkan syahadah yang dibimbing oleh seorang ustaz.

View this post on Instagram

A post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzannimawardi17)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada kesungguhan teman lelakinya, Nikita memanjatkan kesyukuran kerana kekasihnya sudah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Difahamkan, kekasih Nikita yang berasal dari Jerman memeluk Islam sebelum mereka berdua melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzannimawardi17)

Dalam pada itu, akan Nikita, Fitri Salhuteru turut mendoakan penghijrahan besar Dedola agar menjadi insan yang berguna setelah masuk Islam dengan kerelaan hati sendiri.

“Saay berharap dengan kerelaan anda masuk Islam membuatkan hidup bertambah baik dan menjadi masuk yang berguna.
“Semoga Allah sentiasa membimbing anda ke arah kebaikan,”titipnya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzannimawardi17)

Tambahnya, dia juga berharap agar Dedola mmapu menjadi imam yang baik untuk Nikita dan anak-anaknya kelak.

Alhamdulillah, tahniah

Rata-rata warganet meluahkan kesyukuran dan tahniah kepada teman lelaki Nikita kerana sudah menganut agama Islam. Mereka mendoakan agar penghijrahan Dedola bukanlah bersifat sementara kerana mahu bernikah dengan Nikita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pengakuan Nikita mengatakan dirinya bangun awal pagi untuk menunaikansolat Subuh selepas berzina dengan pasangannya, Antonio Dedola mengundang kemarahan ramai.

Sumber: Instagram @nikitamirzannimawardi17

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd