Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nazri Aziz Tak Mahu Terima Gaji Duta AS, Jalankan Tugas Percuma Demi Negara

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Pelantikan itu telah menjadi bualan mulut ramai dan sesetengah pemimpin yang berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.

Beliau diberi tanggungjawab untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B), pembiayaan antara rakan setara (P2P) dan hubungan antara kerajaan (G2G0 kedua-dua negara.

Berbakti demi negara

Terbaharu, Mohamed Nazri tampil menjelaskan keutamaanya menggalas tanggungjawab berkenaan bukanlah kerana imbuhan ditawarkan, sebaliknya berbakti demi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Nazri berkata, beliau bersedia untuk tidak menerima gaji sepertimana dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam (bekas) duta-duta yang kata rugilah calon-calon lain tak dapat duit. Mungkin gaji tinggi agaknya. Saya pun macam perdana menteri juga.. saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit,”ujarnya.

Kalau nak bagi pun, tak salah…

Bagaimanapun, Nazri yang juga bapa mentua kepada aktres jelita, Nora Danish berkata beliau tidak kisah sekiranya kerajaan ingin memberikan gaji untuk tugasannya sebagai duta AS.

“Saya tak perlu kepada gaji. Mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan, itu sebab mereka melantik saya.
“Tapi kalau kerajaan nak bagi gaji, kita ambil. Saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat,”ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, beliau menerima pelantikan jawatan tersebut kerana merasakan diri masih boleh memberi sumbangan kepada kerajaan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Sumber: Astro Awani (Irwan Muhammad Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd