Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera

Baru-baru ini, Youtuber terkenal, Nas daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin menjadi perbualan netizen apabila dia didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negaranya sendiri, Israel dalam sebuah rakaman tular di media sosial.

Menerusi sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @Jimmymontanaa, Nas bersama dengan beberapa orang rakannya sedang berborak berhampiran tepi jalan di sebuah bandar.

@jimmymontanaa

@Nas Daily gets exposed!!! @6DOC #foryou #fyp #fypシ #falestin #palestin #falestini #freepalestine #arab #israel #opression #exposed

♬ It’s Corona Time – Lil Cowboy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa menyedari perbualan bersama rakannya itu telah dirakam, Nas kelihatan terkejut sebaik sahaja dirinya ditegur oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jimmy yang tidak puas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh influencer itu.

Rakaman itu kemudian telah tular setelah dimuatnaik oleh Jimmy sehingga menyebabkan Nas teruk dikecam pengguna TikTok yang lain.

Tidak mahu terpalit dengan kontroversi, Nas menuduh Jimmy telah manipulasikan kenyataannya itu dan meminta dia mendengar kembali dengan teliti perbualan Nas dengan rakannya pada ketika itu.

Sehingga kini video yang dimuat naik pada 25 Jun lalu telah ditonton sebanyak 7.6 juta kali dan mendapat lebih 500,000 tanda suka daripada warga maya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, tinjauan BorakDaily ke ruangan komen mendapati, rata-rata warganet bersetuju dan menyokong dengan kata kesat sepertimana yang didakwa oleh Jimmy terhadap Nas.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang tidak mempercayai penjelasan Nas kerana beliau sering menimbulkan kontroversi demi menaikkan populariti dirinya sendiri.

Sumber: TikTok @jimmymontanaa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd