Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nama Rizky Billar ‘Digam’ Stesen TV, Lesti Kejora Dedah Ia Bukanlah KDRT Pertama

Kisah rumah tangga pasangan selebriti tersohor Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi bualan ‘hangat’ ramai baik netizen sana atau Malaysia.

Mana tidaknya, Lesti membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky kerana bertindak ganas apabila mendapat tahu dirinya berlaku curang. Disebabkan tindakannya itu, Rizky telah disenaraihitamkan dari semua stesen televisyen tempatan Indonesia.

@tentanglesty

Konsekuensi berat bagi pelaku KDRT ⚠️ #indosiar #lesty #irfanhakim #ramzi #raralida #jirayut #gilangdirga #rubenonsu #gilangdirga #kdrt #kdrtlesti #beritaterkini

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak terhenti di situ, semakin hari semakin banyak fakta terbaharu terbongkar seperti rumah mewah yang didiami oleh pasangan itu yang ternyata hanyalah sewa selain kapal persiaran mewah dibelikan oleh Rizky juga hanya sekadar prank.

Terbaharu, selepas Lesti dilaporkan keluar dari hospital, pihak polis mendedahkan penyanyi dangdut itu trauma untuk pulang ke rumah kerana takut akan dicederakan lagi.

Menurut Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan, kekerasan rumah tangga itu bukanlah kali pertama dilakukan oleh Rizky ke atas Lesti.

“Dalam keterangan awal, Lesti menerangkan bahawa kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) itu bukanlah pertama kalinya, tapi sudah sering dan terdahulu adalah puncaknya,”terang Endra.

Endra berkata, dalam keterangan penyanyi berusia 22 tahun itu, Rizky pernah melemparkan bola Snooker sehingga hampir terkena kepala Lesti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menurut keterangan Lesti, dia pernah dilempar bola snooker, tetapi tidak kena kerana pada ketika itu Rizky Billar jatuh tergelincir,”ujar Endra lagi.

Akan tetapi, Endra tidak dapat bayangkan sekiranya bola snooker itu menepati kepala Lesti pada ketika itu dan berkemungkinan ia akan menyebabkan kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Detik.com

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd