Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nak Persis Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas 12 Pembedahan Plastik

Pelakon terkenal Kanada, Saint Von Colucci disahkan meninggal dunia selepas menjalani 12 pembedahan kosmetik demi semata-mata untuk menyerupai penyanyi dari kumpulan terkenal, Jimin BTS.

Menurut laporan Astro Awani, aktor yang berusia 22 tahun itu telah menhembuskan nafas terakhir pada tiga hari lalu di sebuah hospital Korea Selatan selepas menerima komplikasi gara-gara pembedahan yang dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu.

Ejen publisiti, Eric Blake memaklumkan Colucci terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan pembedahan implan rahang pada November 2022.

Disebabkan itu, dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya bagi mengeluarkan implan tersebut namun, prosedur tidak berjaya dilakukan oleh para perubatan dan disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Colucci telah membelanjakan AS$220,000 (RM978,000) untuk 12 prosedur kosmetik selama setahun terakhir termasuk pembedahan rahang, hidung, wajah, mengecilkan bibir, menaikkan kening serta mata dan pembedahan kecil lain.

Mendiang sudah sedia maklum mengenai risiko yang bakal dilaluinya namun, dia tetap memilih untuk meneruskan segala pembedahan.

Sumber: Astro Awani 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd