Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Najib Razak Mohon Maaf, Nafi Dalang Skandal 1MDB

Najib Razak Mohon Maaf

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak mohon maaf dalam kenyataan terbuka selepas menjalani hukuman penjara selama 26 bulan.

Foto: Facebook Najib Razak

Menerusi kenyataannya di laman Facebook, beliau memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kecurangan yang berlaku dalam 1MDB semasa di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Hasil perbicaraan mahkamah terkini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di Switzerland, serta artikel The Edge telah membuktikan bahawa beliau bukan dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekali lagi membuktikan bahawa saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Foto: Utusan Malaysia

Najib mendakwa beliau tidak sedar tentang pengalihan dana 1MDB oleh PetroSaudi dan tidak mengetahui bahawa wang yang diterimanya adalah dari dana 1MDB.

Tegas beliau, dana yang diterimanya dipercayai sebagai sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi, dengan dua sumbangan besar pada tahun 2010 telah disahkan.

Najib mengakui sepatutnya mengambil tindakan berbeza apabila isu 1MDB mula timbul, tetapi beliau terlalu mempercayai penjelasan lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau telah dihukum dari segi politik walaupun bukan dalang penyelewengan 1MDB.

Dalam pengakuan terakhirnya, Najib menyuarakan kesalannya terhadap apa yang berlaku di SRC dan 1MDB, sambil berharap proses keadilan akan membuktikan ketidakbersalahannya.

Sumber: Facebook Najib Razak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd