Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Naib Presiden FAM Sangkal Dakwaan ‘Surat Layang’, Percaya Ketelusan Dalam Sistem Pengurusan

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail mempertahan kepimpinan dan pengurusan badan organisasi itu yang terpalit dengan pelbagai dakwaan berat menerusi satu ‘surat layang’ pada Ahad.

Menerusi laporan Bernama, beliau berkata bahawa sudah membaca keseluruhan dakwaan yang dikirim melalui e-mel kepada pihak berkepentingan termasuk media itu dan mendapati ia tidak benar sama sekali.

“Kesemua dakwaan yang dibuat, antaranya FAM tidak telus dalam proses pemberian tender membabitkan projek Pusat Latihan Kebangsaan adalah sesuatu yang sangat berat dan mampu mencemarkan imej badan induk itu, selain membantutkan perkembangan bola sepak di Malaysia.
“Bagi saya tuduhan-tuduhan itu tidak benar kerana setiap keputusan sama ada yang besar ataupun kecil, kita buat dalam mesyuarat exco, di mana mesti ada satu keputusan yang konsensus di antara kita, barulah setiap keputusan itu dilaksanakan,” katanya

Foto: Flash Sukan

Beliau turut menjelaskan berkenaan isu tender yang dirasakan tidak betul kerana sistem tender dibuat secara terbuka,  semua pihak dijemput dan diminta untuk menilai dari segi keupayaan syarikat membabitkan setiap keputusan dan cadangan daripada pengurusan ataupun perunding yang dilantik haruslah mendapatkan kelulusan exco.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Rosmadi turut mengesahkan tiada keputusan yang dibuat secara bersendirian di FAM dan beliau secara peribadi berpuas hati dengan sistem serta cara kerja badan induk itu, sekali gus tidak menolak kemungkinan kesemua dakwaan sengaja ditimbulkan kerana faktor tidak puas hati, dendam dan dengki.

“Saya yakin semua exco termasuk saya amat yakin dengan sistem yang dilaksanakan dan berada di belakang Presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin) serta seluruh jawatankuasa yang dinyatakan dalam dakwaan yang dibuat itu,” katanya.

Foto: FAM

Terdahulu, tular di media sosial ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel mengenai isu salah laku dalam pengurusan FAM sehingga membabitkan pasukan Harimau Malaya.
Email tersebut turut dihantar kepada pihak media oleh seorang pengirim yang tidak diketahui identiti sebenar dan menggunakan nama UltrasFAM.
Penyebaran e-mel itu berlaku sehari sebelum Kongres Tahunan buat kali Ke-60 FAM yang berlangsung pada hari ini, yang membangkitkan empat perkara utama iaitu penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.
Sumber: Bernama

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd