Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Elmina: Waris Penghantar Makanan Terima Pencen Bulanan Perkeso RM1,894.75

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan dua pencen bulanan berjumlah RM1,894.75 sebulan bermula akhir bulan depan kepada waris penghantar makanan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Shah Alam, Selangor.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jumlah bayaran tersebut akan diberikan kepada tiga waris Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh yang layak iaitu bapanya, Muhammad Saleh Othman, 57, ibunya, Jamilah Ismail, 53 dan adik bongsu arwah yang masih belajar, Muhammad Hamidi, 20.

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan waris mangsa turut menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 sekali bayar selain pencen bulanan.

“Waris arwah layak menerima pencen penakat sebanyak RM778.75 kerana arwah mempunyai caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerja ketika berkhidmat di syarikat logistik dengan caruman terakhir pada Jun 2021.
“Manakala caruman kedua pula adalah melalui Akta 789 sejak 10 Mei 2021 di bawah inisiatif kerajaan yang melayakkan waris arwah menerima pencen bulanan sebanyak RM1,116. Oleh itu jumlah keseluruhan yang akan diterima waris adalah RM1,894.75 sebulan,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham Muhamad Hafiz mempunyai dua caruman di bawah agensi berkenaan yang membuatkan arwah layak menerima bayaran pencen bulanan menerusi dua peruntukan mengikut akta perlindungan sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Caruman ini untuk menjaga kebajikan keluarga, kita perlu ambil iktibar daripada nahas pesawat terhempas baru-baru ini dan saya harap mereka yang belum daftar tampil untuk membuat daftar dan mencarum,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia (Nur Syazwana Mansor)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd