Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mulai Tahun Depan, Artis Luar Dilarang Buat Konsert Sebelum Cuti Umum Islam

Mengikut garis panduan baharu, artis luar negara tidak dibenarkan lagi untuk membuat konsert besar di Malaysia pada sehari sebelum dan pada hari cuti umum Islam mulai 2024.

Menurut laporan Free Malaysia Today, terdapat tarikh-tarikh peristiwa penting yang tida membenarkan sebarang konsert dilakukan mengikut Garis panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Persembahan Filem Dan Persembahan Artis Luar (Puspal).

Ia termasuklah bulan puasa, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemas kini peraturan pada 2019 menghalang mana-mana artis luar membuat persembahan sepanjang bulan puasa namun ia tidak menyekat pada hari cuti umum Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, persembahan akan dibenarkan pada Ogos dan September, kecuali pada 30 dan 31 Ogos, serta 15 dan 16 Sept, untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Sebelum ini, artis luar tidak dibenarkan membuat persembahan dari 25 Ogos hingga 16 Sept.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan garis panduan baharu itu akan dikuatkuasakan pada tahun 2024 dan semua pihak berkepentingan dan komuniti telah dirujuk mengenai perkara tersebut.

Pun begitu, garis panduan itu akan dikemas kini kali kedua sebelum dilaksanakan tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd