Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muhyiddin Wajar Mohon Sembah Maaf Terhadap Sultan Pahang – KJ

Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar mohon sembah maaf terhadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hal ini susulan Muhyiddin yang didakwa mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyiddin wajar mohon sembah maaf terhadap Sultan Pahang

Muhyiddin Wajar Mohon Sembah Maaf

Menerusi satu podcast Keluar Sekejap di YouTube, Khairy berkata kemungkinan Muhyiddin berpendapat ketika dia menyampaikan ucapan itu, dia hanya menyuarakan fakta dan mempersoalkan mengapa dia tidak dipilih sebagai perdana menteri.

“Tetapi, cara dia cakap tu, sedikit ‘off side’. Selalunya, benda ini akan jadi polemik politik, tapi masalah yang pertama apabila satu akaun TikTok yang didakwa Tengku Ampuan Pahang buat komen ‘hormat raja saya’.
“Dan keesokan harinya, satu titah rasmi yang dikeluarkan oleh Tengku Mahkota Pahang yang murka dengan kenyataan itu. Bila dah sampai tahap itu, Muhyiddin dah berseorangan,” katanya dalam podcast tersebut bersama  seorang lagi bekas ahli Umno Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Khairy juga berkata adalah lebih baik untuk Presiden BERSATU itu untuk melakukan mohon sembah maaf terhadap Sultan Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam hal inilah, lebih baik dan sangat sesuai sekiranya sembah maaf dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin. Ya, saya faham apa dia cuba sampaikan.
“Tapi cara dia sampaikan itu, melihat kepada video tersebut seolah-olah dia mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan dalam hal ini kuasa mutlak Baginda dalam melantik perdana menteri,” ujarnya.

Muhyiddin Wajar Mohon Sembah Maaf

Tambahnya, dia tahu setiap orang mempunyai naratif tersendiri tentang apa yang telah berlaku selepas pilihan raya tapi selepas keputusan diambil, mereka sepatutnya menghormati keputusan itu.

Sementara itu, Khairy juga berkata Muhyiddin tidak wajar menyentuh isu prinsip Raja Berperlembagaan dan beliau sepatutnya meneruskan kehidupan.

Artikel lain: Isytihar Taat Setia Kepada Sultan Pahang, PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

“Tak wajar apa yang disebut oleh Muhyiddin. Dia juga ungkit kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, jadi tak patut.
“Secara politiknya, move on lah. Benda tu dah jadi, dua tahun lepas punya cerita. Awak tak dapat jadi perdana menteri. Kenapa kena jadikan sebagai ceramah politik?” ujarnya.

Pada masa yang sama, Khairy yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan turut mempersoalkan kewajaran untuk menyampaikan cerita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang dia dapat lepas beritahu cerita itu? Adakah dia rasa benda itu akan meyakinkan orang untuk mengundi dia?” soalnya.

Sekadar info, Muhyiddin dijadualkan untuk memberikan keterangan kepada polis di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Kuala Lumpur pada 11 pagi ini.

Muhyiddin Wajar Mohon Sembah Maaf

Siasatan itu dibuat susulan 30 laporan polis, termasuk oleh Istana Pahang, terhadapnya kerana didakwa mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik perdana menteri.

Muhyiddin dilaporkan menyebut bahawa agong tidak mengundangnya mengangkat sumpah perdana menteri walaupun mempunyai sokongan cukup anggota parlimen.

Kenyataan itu turut membuatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka atas tindakan “memperlekeh” tugas Al-Sultan Abdullah ketika menjadi agong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan kenyataannya di Nenggiri, Kelantan itu bukan bertujuan menghina institusi raja tetapi hanya menyatakan “fakta”.

Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd