Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Mudah ‘Diratah’ Jordan? Pan Gon Mohon Maaf, Pemain Gugup

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mohon maaf, akui kegugupan anak buahnya merupakan antara faktor pasukannya ‘mudah diratah’ jentera serangan Jordan pada perlawanan Kumpulan E saingan Piala Asia 2023.

Ia sekaligus memudahkan Harimau Malaya dibelasah 0-4 dalam aksi perlawanan tersebut di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, awal pagi Selasa (waktu Malaysia).

Jelas pengendali dari Korea Selatan, penampilan pertama kali di pentas tertinggi Asia itu selepas 2007 menyaksikan anak buahnya tidak mampu ‘meratah’ Jordan yang cukup ampuh.

Dalam pada itu, Pan Gon turut mohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak buahnya kepada seluruh penyokong setia skuad Harimau Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Pan Gon mohon maaf

Artikel lain: Harimau Malaya Sedia Benam Jordan – “Kami Yakin Mampu Halang Mereka”

“Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, mereka persembahkan aksi terbaik malam ini. Secara fizikal dan taktikal mereka lebih baik,” katanya.

Pan Gon mohon maaf

Keputusan yang diarah oleh Harimau Malaya pada aksi perlawanan menentang Jordan menyebabkan pasukan negara menghuni tangga tercorot dalam kategori Kumpulan E. Selepas ini, Harimau Malaya akan turun menentang Bahrain pada Sabtu ini.

Sebelum ini, Kim Pan Gon memberitahu Harimau Malaya sedia benam Jordan pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub.

Jelasnya,  barisan kejurulatihan mempunyai banyak maklumat berkaitan Jordan dan berasa yakin anak-anak buahnya mampu memberi kejutan kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd