Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MSPO, FGV Tandatangani MoU Dalam Promosi Logo MSPO Di Produk SAJI

Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan FGV Holdings Berhad (FGV) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam penggunaan logo MSPO di produk SAJI dan mempromosi kesedaran terhadap usaha kemampanan dalam industri sawit negara.

MSPO, FGV Tandatangani MoU

Ia sebagai jalinan kerjasama antara MSPO dan FGV dalam mempromosi silang, menukar maklumat sekali gus meneroka peluang baharu dan inisiatif berkaitan kemampanan dalam industry minyak sawit dan halal.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, komitmen FGV ini dapat meluaskan penjenamaan MSPO dan usaha-usaha kementerian dalam meneraju industri sawit mampan.

“Terutamanya di pasaran negara pengimport sekali gus memperkukuhkan komitmen kemampanan negara untuk menjadi negara pengeluar sawit mampan utama di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Label Minyak Masak Saji Baharu dengan Logo MSPO di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: BERNAMA

Sementara itu, Pengerusi MSPO Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman berkata, usaha menangani isu-isu utama berkaitan hak asasi manusia, alam sekitar, perlindungan hidupan liar, dan daya maju perniagaan adalah penting bagi industri sawit.

“Ia khususnya dalam konteks memenuhi permintaan global.
“Memandangkan FGV adalah antara pemain industri sawit yang terbesar dan memainkan peranan penting dalam membantu sosio ekonomi terutamanya pekebun kecil sawit negara, jelaslah bahawa MoU antara MSPO dan FGV ini yang bertujuan untuk mempromosikan jenama pensijilan MSPO ke pasaran antarabangsa adalah amat penting,” ujarnya.

Bagi Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa pula, minyak masak SAJI mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2000 dan kini pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan MSPO dalam menjadi antara syarikat terawal yang menggunakan logo pensijilan MSPO di label minyak masak SAJI.

Artikel lain: Menang Tuntutan Diskriminasi Minyak Sawit, KPK Pejuang Keadilan Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami yakin usaha ini akan membuka peluang pasaran baharu di dalam dan luar negara termasuk peningkatan keyakinan pengguna.
“Usaha ini selaras dengan komitmen kami dalam memastikan amalan kelestarian diterapkan di setiap sudut operasi Kumpulan bagi menjana nilai dan membawa keuntungan bagi semua pihak berkepentingan kami.
“Di FGV, kami percaya bahawa apabila kelestarian diutamakan, keuntungan serta pertumbuhan syarikat akan menyusul,” katanya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd