Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Zohran Mamdani Cipta Sejarah, Jadi Datuk Bandar Muslim Pertama New York

Ahli politik muda Zohran Mamdani mencipta sejarah apabila memenangi pilihan raya Datuk Bandar New York, menjadikannya individu pertama beragama Islam berdarah Asia Selatan dan kelahiran Afrika yang menerajui bandar terbesar di Amerika Syarikat.

Zohran Mamdani jadi datuk bandar muslim pertama

Menurut laporan Aljazeera, kemenangan Mamdani, 34, pada Selasa menamatkan persaingan sengit yang menarik perhatian dunia sekali gus menumbangkan pengaruh lama bekas gabenor Andrew Cuomo.

zohran mamdani

Foto: Aljazeera

“Malam ini menentang segala halangan kita berjaya. Masa depan kini dalam genggaman kita. Kita telah menumbangkan satu dinasti politik,” katanya.

Artikel lain: PM Timor Leste Dipuji ‘Humble’, Gelagat Menyapu Di Jalanan Raih Perhatian

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mamdani meraiz 1,033,471 undi mendahului Cuomo yang memperoleh 852,032 undi manakala calon Republikan Curtis Sliwa sekadar mendapat tujuh peratus undi.

Mamdani yang juga ahli Dewan Undangan Negeri berkata kejayaannya bukan soal agamaa atau asal usul tetapi kerana mesej utamanya iaitu menjadikan New York mampu didiami semua golongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

zohran mamdani

“Saya bercakap untuk pemilik kedai Yemen nenek Mexico pemandu teksi Senegal jururawat Uzbekistan tukang masak Trinidad dan makcik Ethiopia. Kota ini milik anda dan demokrasi ini milik anda juga,” ujarnya.

Pertarungan antara Mamdani dan Cuomo turut dilihat sebagai isyarat perubahan dalam Parti Demokrat dengan Mamdani mewakili suara baharu berhaluan kiri manakala Cuomo dilihat simbol politik lama yang dikuasai golongan elit.

Cuomo mengakui kekalahan itu sebagai petanda perubahan besar.

“Malam ini adalah malam mereka,” katanya ringkas.
zohran mamdani

Foto: Monocle

Dalam ucapan kemenangan, Zohran Mamdani menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada prinsipnya.

“Saya seorang Muslim, seorang demokrat sosialis dan saya tidak akan sesekali meminta maaf kerana menjadi diri jaya,” jelasnya.

Sumber: Aljazeera (Joseph Stepansky)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd