Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Zii Jia Tarik Diri Dua Lagi Kejohanan Selepas Terbuka Malaysia

Jaguh pemain badminton negara, Lee Zii Jia telah memutuskan untuk tarik diri dalam dua Kejohanan Badminton Terbuka India dan Indonesia Masters dalam bulan ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, bintang nombor enam dunia itu ditimpa kecederaan ligamen buku lali kanan sewaktu Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China pada Disember lalu dan menyebabkannya terpaksa menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang bermula hari ini.

Lee Zii Jia Terpaksa Tarik Diri

Foto: Kosmo! Online

“Penampilan pertama Lee Zii Jia bagi musim 2025 akan ditangguhkan sekali lagi dengan dia sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan ligamen di buku lali kanan yang menimpanya semasa Jelajah Dunia Akhir 2024.
“Zii Jia mengesahkan untuk terlepas dua lagi kejohanan pada Januari iaitu Terbuka India dan Indonesia Masters.
“Team LZJ dengan bantuan pakar perubatan akan terus memantau kecederaan Zii Jia dan memastikan dia dalam keadaan terbaik untuk menyertai kejohanan selepas ini,” tulis TeamLZJ dalam satu kenyataan.

Foto: X @TeamLZJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbuka India di New Delhi, India yang memiliki status Super 750 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 19 Januari, manakala saingan Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta bermula 21 hingga 26 Januari.

Sebagai rekod, Zii Jia terlepas tiga kejohanan dengan tiga tingkat prestij berbeza pada Januari dengan Terbuka Malaysia merupakan pertandingan Super 1000.

Foto: BAM

Artikel lain: Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain berusia 26 tahun itu juga tidak berada dalam senarai daftar pemain dalam kedua-dua kejohanan tersebut seperti dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia yang kini berada di bawah bimbingan jurulatih Yeoh Kay Bin telah pun mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial, Jumaat lalu, mengesahkan bahawa dirinya masih belum cukup cergas dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Sumber: MalaysiaGazette, X @TeamLZJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd