Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Zambry Arah Universiti Terima Pelajar Miskin, Tangguh Yuran Pendaftaran

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir arah semua pentadbir universiti untuk terima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Zambry memuat naik video memaparkan beliau bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam video tersebut, Zambry berkata beliau mengambil maklum mengenai kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh bakal pelajar, terutamanya dari segi kewangan.

Zambry arah universiti terima pelajar miskin

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, beliau mengambil langkah mengarahkan universiti untuk tetap mengambil mahasiswa yang mempunyai kekangan ini kerana tidak mahu ia menjadi alasan mereka tidak menyambung pengajian.

“Saya tidak mahu mendengar kisah mereka yang berjaya tapi tidak dapat masuk ke universiti. Saya juga daripada latar belakang itu, saya tahu tentang kesusahan itu.
“Jadi saya tidak mahu itu (masalah kewangan) dijadikan sebagai satu alasan untuk adik-adik semua tidak mahu masuk ke universiti.
“Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti ambil (mahasiswa). Kalau saudara saudari semua pergi, pihak universiti akan menerima anda terlebih dahulu dan lepas itu kita akan susun dan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PTPTN mempunyai satu pendekatan dimana agensi tersebut boleh menyediakan wang pendahuluan untuk membantu pendaftaran mahasiswa.

“Salah satu pendekatan yang dibuat oleh PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan pelajar mendaftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti yang berkenaan,” ujarnya.

Zambry Arah Universiti Terima Pelajar Miskin

Pada masa sama, Zambry turut mengucapkan terima kasih kepada Asyraf kerana prihatin serta peka terhadap isu yang membelenggu bakal mahasiswa.

Asyraf pula berkongsi, hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan seseorang selain menjadikan Zambry sebagai contoh kepada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Contoh yang paling jelas di depan mata (sambil menunding kepada Zambry). Anak seorang nelayan di Pulau Pangkor, hari ini berjaya dengan cemerlang.
“Belajar di universiti di Amerika Syarikat, kumpulan pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), akhirnya menjadi menteri.
“Jadi yang paling penting, teruskan perjuangan untuk menima ilmu,” kongsinya.

Sementara itu, pada ruangan kapsyen, Zambry berkata jika bakal mahasiswa-mahasiswi mempunyai sebarang masalah, mereka boleh terus hubungi pihak universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Jangan bimbang tentang yuran dan sebaginya, KPT sediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar dan insya-Allah kita dipermudahkan segala kesukaran,” katanya.

Sumber: Facebook Zambry Abd Kadir

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd