Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Bomba Cedera, Warung Burger Ditunda Lori Jatuh Terhempap

Seorang anggota bomba mengalami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, di sini, pada 20 Januari lalu.

Warung burger ditunda lori jatuh terhempap

Insiden tersebut menjadi perhatian selepas satu rakaman video papan pemuka (dashcam) kejadian itu mula tular di laman sosial Facebook sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Abdul Malek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika sebuah lori jenis rigid (vehicle carrier) buatan Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari Taiping menghala ke Kamunting.

Menurutnya, lori berkenaan yang menunda sebuah warung burger dipercayai hilang kawalan sebelum menyebabkan warung itu terjatuh ke atas jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Warung burger itu kemudian terkena sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga anggota bomba serta sebuah kereta jenis Proton Saga FL dipandu seorang wanita berusia 34 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Warung burger

Foto: Media sosial

Abdul Malek berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan pada bahagian dahi dan leher selain luka pada tangan serta kaki.

Artikel lain: Pemandu Lori Dikompaun RM300 Gara-Gara Halang Jentera Bomba

Warung burger

Foto: Media sosial

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Taiping dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selain es disiasat di bawah Rule 92, LN 170/59.

Sumber: Facebook Polis Daerah Taiping

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Nasional

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd