Seorang wanita berkongsi rasa trauma untuk menunaikan solat tarawih di masjid selepas menerima lamaran daripada seorang ustaz.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @rushkisses_. telah memuat naik beberapa foto memaparkan perbualannya bersama rakannya.
Pada perbualan itu, rakannya yang bernama Vita berkata seorang ustaz telah menghantar sekeping sampul surat buat wanita itu.
Awalnya, wanita itu menyangka surat berkenaan ada kaitan dengan bantuan untuk anak yatim, namun sebaliknya ia merupakan lamaran buat dirinya.
Apa yang lebih mengejutkan, ustaz itu sudah pun berkahwin dan melamar wanita tersebut untuk menjadi isteri keduanya.
“Asalamualikum. Jujur dari awal saya nampak kamu solat di masjid, hati ini berdebar kencang.
Foto hiasan
“Saya tak nak berbasa-basi, saya nak meminang kamu untuk jadi isteri kedua saya,” tulis ustaz tersebut di surat berkenaan.
Artikel lain: Dulu Pernah Tular ‘Cari Line Atas Pokok’, Veveonah Mosibin Kini Jadi Pelakon
Dalam pada itu, ustaz itu juga menyenaraikan kelebihan diri jika wanita itu menerima pinangannya iaitu beliau mampu menjadi imam dan mampu berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.
Wanita trauma solat tarawih di masjid
Namun begitu, wanita itu tidak mahu menerima lamaran daripada ustaz berkenaan disamping berkata dia tidak mahu lagi solat di masjid yang sama.
“Sudahlah, tak nak dah tarawih di masjid itu,” katanya.
Walaupun rakannya itu berkata tindakan ustaz itu romantik kerana menggunakan surat, wanita itu tidak bersetuju lalu memahari sahabatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian daripada wanita itu kerana siapa sangka ada orang yang akan dilamar seperti itu.
Nasib baik tak letak bedak bayi
Sebab tu lebih baik solat di rumah
Kawannya pula cakap romantik
Takut, jadi isteri kedua
Hati kakak ni pun berdebar sebab takut
Kalau muda dan single lain cerita laa
Lain-lain ya ustaz sekarang
Lapor kat bini!
Tak sangka boleh dapat lamaran macam tu, jadi isteri kedua pula tu….
Sumber: TikTok @rushkisses_.