Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Mengaku Salah Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kedai Makan

Seorang pembantu kedai makan berusia 30 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kangar hari ini atas kesalahan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah kedai makan di Sanglang pada bulan lalu.

Wanita mengaku bersalah tinggalkan bayi

tinggalkan bayi

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh Nor Zainab Jamaludin dari Kampung Permatang Bongor, Simpang Empat, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, Nor Zainab didakwa meninggalkan bayi tersebut di sebuah kedai makan di Kampung Rama, Sanglang sekitar jam 6.30 pagi pada 19 Januari lalu, dimana kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Buang Bayi: Ibu Empat Anak Direman, Suami Dalam Pusat Serenti

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom memohon jaminan sebanyak RM20,000 serta tarikh baru bagi menunggu laporan kimia dan forensik.

Peguam tertuduh, Siti Hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), membantah jumlah jaminan tersebut dengan memaklumkan bahawa anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai empat anak yang masih bersekolah dan hanya berpendapatan RM70 sehari.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dan menetapkan 19 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kejadian tersebut terbongkar apabila penjaga stor bersama isterinya menjumpai bayi perempuan yang ditinggalkan dalam beg plastik di atas sebuah meja kedai makan di hadapan rumah mereka pada 19 Januari lalu.

Sumber: Buletin TV3

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd