Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengasas Call Of Duty, Vince Zampella Maut Dalam Kemalangan Babitkan Ferrari

Industri permainan video berduka selepas Vince Zampella, pengasas Respawn Entertainment, maut dalam kemalangan kereta mewah di Angeles Crest Highway, Southern California, pada petang Ahad.

Menurut laporan NBC Los Angeles, kemalangan itu membabitkan sebuah Ferrari yang terbabas selepas keluar dari terowong dan melanggar penghadang konkrit.

Vince

Zampella, 55 tahun, tersepit dalam kebakaran selepas kemalangan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Penumpang kereta itu turut meninggal dunia di hospital, namun identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12:45 tengah hari di jalan berliku yang menawarkan pemandangan indah ke arah Los Angeles dan Lembah San Gabriel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman video kemalangan menunjukkan Ferrari 296 GTS keluaran 2026 itu melanggar penghadang sejurus keluar dari terowong.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Pemain E-Sukan Thailand Digugurkan, Kantoi ‘Hack’ Game

Kereta itu dipacu dengan enjin hibrid twin-turbo V6 yang mampu menghasilkan lebih 819 tenaga kuda.

Vince Zampella adalah tokoh penting dalam industri permainan video. Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Ward, studio di sebalik francais Call of Duty, dan menubuhkan Respawn Entertainment pada 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Respawn kemudian diambil alih oleh EA pada 2017 dan antara permainan terkenal studio itu termasuk Titanfall, Titanfall 2, Apex Legends dan STAR WARS Jedi: Fallen Order.

Pengkritik permainan video, Gene Park dari Washington Post, mengenang Zampella sebagai seorang pencipta berbakat dan rendah diri.

“Beliau tahu bagaimana mencipta pengalaman yang menyentuh hati manusia sama ada rasa takut, debaran atau keberanian. Vince seorang yang sangat rendah hati dan menghargai impak yang beliau berikan kepada orang ramai,” katanya.

Vince

Electronic Arts dalam kenyataannya berkata,

“Kehilangan ini amat dirasai. Vince seorang kawan, rakan sekerja, pemimpin dan pencipta visionari. Karya beliau telah membentuk hiburan interaktif moden dan memberi inspirasi kepada jutaan pemain dan pembangun di seluruh dunia.
Legasinya akan terus mempengaruhi cara permainan dicipta dan bagaimana pemain berhubung untuk generasi akan datang.” ujarnya

Kematian Zampella meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja dalam industri permainan video, tetapi juga kepada jutaan peminat yang terinspirasi oleh kreativiti dan inovasinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NBC Los Angeles (Dennis Broad and Jonathan Lloyd)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd