Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UniSZA Nafi Dakwaan Jual Sijil Akademik, Buat Laporan Polis Atas Penyebaran Maklumat Palsu

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penjualan sijil akademik yang dikaitkan dengan institusi tersebut.

Menerusi laporan Bernama, UniSZA memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi demi menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan mereka.

Foto: Astro Awani

“Pihak universiti sentiasa memastikan pematuhan terhadap tatakelola dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“UniSZA juga sentiasa diaudit oleh Badan-Badan Akademik dan Profesional yang bertauliah bagi menjaga mutu pendidikan serta graduan yang dihasilkan,” katanya hari ini.

UniSZA juga berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang serta telah membuat laporan polis bagi menjaga kepentingan serta nama baik universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan kesahihan maklumat di media sosial sebelum membuat sebarang komen dan ulasan lanjut yang boleh menularkan lagi maklumat salah ini.

Foto: Harian Metro

“UniSZA akan terus komited dalam menjaga nama baik Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia dan memastikannya tidak tercemar serta sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit 19 saat mengenai seorang lelaki dipercayai mahasiswa di UniSZA mendakwa program ijazah sarjana muda adalah dibeli oleh penuntut apabila perlu membayar yuran pengajian.

Pemuda itu juga memberitahu tidak lagi mahu menyambung pengajiannya selain mendakwa UniSZA terhutang budi dengannya atas urusan yang disifatkannya sebagai jual beli itu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd