Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tunggu Dijemput Beli Kelengkapan Raya, Suami Rupanya Maut Dihempap Pokok Tumbang

Seorang wanita, Ruzaina Ramli, 51, masih terkejut dengan kehilangan suaminya Ahmad Farazi Kasim, 51, yang maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Stadium, berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, tengah hari Ahad.

Saya tunggu arwah suami tapi tak sampai-sampai sebab dia kata nak jemput saya (dari tempat kerja) untuk beli baju dan kelengkapan raya.
“Dia kata baru habis ‘photo shoot raya’ di tempat kerjanya dan tak lama kemudian anak lelaki saya telefon dan beritahu suami dihempap pokok,” kata Ruzaina seperti dilaporkan BH Online.

Foto: Media sosial

Menurutnya, arwah sempat menghantar WhatsApp kira-kira jam 12.40 tengah hari memberitahu sedang dalam perjalanan menjemputnya di pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) di Jalan Stadium, yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

Namun, kira-kira 30 minit kemudian, anak lelaki sulung telefon sambil menangis memberitahu arwah dihempap pokok selepas dia melihat MyKad ayahnya dalam WhatsApp kumpulannya.
“Saya minta kawan hantar ke tempat kejadian dan nampak anggota pasukan penyelamat sedang memotong dahan pokok sebelum mengalihkan arwah suami,” ujarnya.

Ruzaina turut berkongsi bahawa saat menerima berita sedih itu dengan reda.

Saya tanya pada rakan yang ada di situ bagaimana keadaan suami… dia cakap arwah dah tak ada, saya terima dengan reda,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Foto: Media sosial

Dalam suasana duka, dia bercerita mengenai persiapan Aidilfitri yang belum sempat diselesaikan.

Saya menjahit sendiri baju raya untuk suami dan anaknya dengan tema warna hijau tahun ini. Cuma saya tak sempat nak siapkan baju Melayu kedua untuk arwah kerana dia memang teruja nak pakai baju itu.
“Semalam (Sabtu) dia sempat cuba baju kedua itu, tetapi saya tak habis jahit di tangan dan bahagian bawah baju. Hari ini pun kami tak rancang nak pergi mana, cuma dia WhatsApp beritahu dalam perjalanan nak ke Pekan Alor Setar… Cadang tu nak tengok songkok dan baju rayalah,” kongsinya lagi.

Foto: Media sosial

Ruzaina juga mengakui naluri seorang isteri sering memberi petanda, walaupun arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Saya sudah bersedia untuk terima seandainya ada ahli keluarga akan pergi cuma tidak menyangka akhirnya akan kehilangan suami buat selama-lamanya. Saya terima takdir Allah akan kehilangan suami walaupun Aidilfitri sudah hampir tidak lama lagi,” ujar Ruzaina.

Foto: Media sosial

Difahamkan, jenazah Ahmad Farazi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mergong selepas selesai solat tarawih malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dihempap pokok tumbang berhampiran BBP Alor Setar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain, memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Zuliaty Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd