Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, @lyzzsar memuat naik tangkap layar WhatsApp memaparkan maklumat lanjut kejadian tersebut selain video serbuan penguat kuasa dipercayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut maklumat tangkat layar berkenaan, anggota penguat kuasa dilaporkan menunggu hampir dua jam di luar kediaman kerana penghuni enggan membuka pintu.
Difahamkan, pintu rumah tersebut terpaksa ditendang oleh anggota bertugas sebelum mereka masuk melakukan pemeriksaan sekitar jam dua pagi.
Hasil pemeriksaan, pasangan itu didakwa mempunyai hubungan majikan dan pekerja, malah wanita terbabit cuba bersembunyi di dalam almari pakaian ketika serbuan dilakukan.
Dalam rakaman berdurasi 36 saat itu, kelihatan seorang wanita berada di luar rumah dipercayai tunang kepada lelaki terbabit yang cuba ditenangkan oleh anggota JAIS.
Tangkap layar itu turut mendakwa anggota penguat kuasa menemui barangan milik lelaki di rumah wanita berkenaan sekali gus didakwa sudah beberapa kali tinggal bersama.
Sumber: Threads @lyzzsar





































