Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular CCTV Larikan Barang Kemas, Lelaki Dihukum Penjara 12 Bulan

Polis Daerah Seberang Perai Tengah mengesahkan penangkapan seorang lelaki yang tular dalam satu rakaman video kerana mencuri barang kemas di sebuah kedai emas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Menerusi satu laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, lelaki berkenaan kini sedang menjalani hukuman di atas perbuatan jenayahnya itu.

Foto: Tangkapan Layar X @update11111

“Tertuduh yang juga merupakan seorang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini (Bukit Mertajam), hari ini.
“Hukuman di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian,” katanya.

Sebelum ini, Helmi memaklumkan bahawa pihaknya mengesan terdapat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular melalui laman X berhubung kejadian dan telah menerima laporan polis berkenaan kes tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Tangkapan Layar X @update11111

“Siasatan mendapati, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 11.53 pagi di sebuah kedai emas di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
“Semasa kejadian, pengadu yang juga seorang jurujual di situ telah didatangi oleh lelaki berkenaan yang berpura-pura hendak membeli barang kemas.
“Pengadu melayan suspek dengan menunjukkan barang kemas yang hendak dilihatnya. Bagaimanapun, semasa pengadu membuat kiraan, suspek telah mengambil barang kemas yang diletakkan di atas meja kaunter sebelum melarikan diri,” jelas beliau.

Beliau juga turut melaporkan, suspek lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an kemudian berjaya ditangkap kira-kira pada pukul 4 petang, hari sama di Sungai Petani, Kedah.

Foto: taniyahtaropierce.blogspot.com

“Kita berjaya menjumpai semula semua barang kemas yang dilarikan dan semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk kes dadah,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Seksyen 380 Kanun Keseksaan disabitkan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan mencuri di dalam rumah kediaman atau sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Siti Nur Mas Erah Amran)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd