Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tuduhan Berkongsi Ideologi Sama Dengan Chin Peng Adalah Fitnah – Lim Kit Siang

Ahli Politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi  bahawa tuduhan dirinya dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng mempunyai ideologi ideologi yang sama adalah fitnah.

Memetik laporan Bernama, Kit Siang berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad yang mengatakan dia mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Pada masa yang sama, Kit Siang juga berkata MP Kepala Batas itu juga menuduh dirinya ada kaitan dengan konspirasi untuk memusnahkan Malaysia.

Tuduhan Lim Kit Siang kongsi ideologi sama dengan Chin Peng fitnah

Chin Peng Lim Kit Siang

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Quay Chew Soon, peguam Siti Mastura iaitu Yusfarizal Yussof memberitahu Kit Siang ia adalah perkara biasa bagi ahli politik mempunyai ideologi dan pandangan politik yang berbeza.

Kit Siang kemudian bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun begitu beliau memberitahu tidak perlu membuat tuduhan berunsur fitnah.

Artikel lain: Puad Zarkashi Persoal Nasib SG4 Group Jika PN Tumbang Di Kedah, Terengganu, Perlis

Yusfarizal kemudian menyatakan ideologi politik PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam sistem demokrasi dan Kit Siang menjawab ‘kita semua menegakkan Islam’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, dia beliau tidak mempunyai masalah dengan PAS yang mahu memperkenalkan undang-undang Syariah selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

Chin Peng Lim Kit Siang

Foto: FB DAP Pulau Pinang

Dalam soal balas ketua peguamnya Datuk Sankara Nair, Kit Siang berkata beliau terkejut dan marah selepas mendengar dakwaan Siti Mastura terhadapnya buat pertama kali disamping turut menyatakan kenyataan yang dibuat Siti Mastura itu dibuat secara melulu tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Sementara itu, saksi kedua dalam iaitu Lim Guan Eng pula berkata beliau tersinggung dengan kenyataan Siti Mastura yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan Chin Peng kerana ia mempunyai implikasi yang besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chin Peng Lim Kit Siang

Foto: Free Malaysia Today

Beliau berkata kenyataan Siti Mastura itu adalah serangan serampang dua mata yang mana ia mengaitkan keluarganya dengan ideologi komunisme dan membayangkan keluarganya mempunyai ‘agenda Cina’.

“Kenyataan beliau berbahaya kerana PAS mempunyai ramai penyokong yang mungkin percaya dan mengulangi pembohongan ini,” kata Guan Eng.

Sekadar info, Kit Siang, Guan Eng dan Teresa Kok memfailkan saman berhubung ucapan Siti Mastura pada ceramah politik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kemaman.

Siti Mastura telah mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Lee dari Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbicaraan yang dijadualkan selama enam hari itu diteruskan pada 17 September ini.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd