residen Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi memuji peranan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mendamaikan perseteruan sekian lama antara Thailand dan Kemboja pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kunjungan Trump ke Malaysia pada 26 Oktober lalu bukan sahaja mencuri tumpuan dunia, malah menyaksikan perjanjian perdagangan antara AS dan Malaysia dimeterai.
Dalam lawatan sama, sejarah turut tercipta apabila Perjanjian Damai KL ditandatangani oleh Thailand dan Kemboja, dengan Trump sendiri menjadi saksi kepada detik bersejarah itu.
Trump Puji PM Anwar Lagi!
Anwar yang juga Pengerusi ASEAN dipuji kerana berjaya membawa kedua-dua negara jiran itu ke meja rundingan demi keamanan serantau.
Selepas menamatkan lawatan dua hari di Kuala Lumpur, Trump turut menyifatkan Malaysia sebagai negara yang hebat.
Namun, pujian itu tidak terhenti di situ apabila beliau kembali menyebut nama Malaysia dalam ucapannya di Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan pada Rabu.
Dalam ucapan tersebut, Trump sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia memainkan peranan penting sebagai ‘orang tengah’ dalam usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja.
“Saya berulang kali menghubungi pemimpin Kemboja dan Thailand dan selepas dua hari kami berjaya (untuk ke meja rundingan) dengan bantuan Malaysia yang menjadi ‘orang tengah’.
“Kami guna kemudahan yang sangat cantik di Malaysia.
“Malaysia memang luar biasa, mereka banyak membantu menjayakan perjanjian damai ini. Perdana Menteri mereka hebat,” katanya.
Trump turut menyifatkan perjanjian damai tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna dan berpotensi menyelamatkan banyak nyawa.
“Kami mungkin telah menyelamatkan jutaan nyawa,” katanya lagi.
Beliau turut berharap agar hubungan baik antara Thailand dan Kemboja akan kekal untuk jangka panjang.
“Saya guna perkataan kekal selamanya, sama juga di Timur Tengah, saya harap keamanan di sana akan kekal selamanya,” ujarnya.
https://www.youtube.com/watch?v=eVFRvVDJ94A
Artikel lain: “Tandatangan Pelan Damai.. Tiada Perang! Jutaan Nyawa Diselamatkan” – Trump
Difahamkan, Trump tiba di Korea Selatan pada pagi Rabu dan sempat bertemu dengan Presiden Lee Jae Myung di Gyeongju. Negara itu menjadi destinasi terakhir dalam rangka lawatannya ke Asia yang turut meliputi Malaysia dan Jepun sebelum dijadual bertemu Presiden China, Xi Jinping pada Khamis.
Sumber: YouTube DRM News









































