Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Trafik Sesak, Aliran Perlahan di Beberapa Lebuhraya Utama

Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan berikutan peningkatan bilangan kenderaan yang menuju ke ibu negara.

Trafik sesak di beberapa lebuhraya utama

Memetik laporan Berita Harian, menurut paparan kamera litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 9 malam tadi, beberapa kawasan dari arah Pantai Timur ke ibu kota menunjukkan pergerakan perlahan, termasuk di Kilometer 19.8 Lebuhraya Pantai Timur.

Di Lebuhraya Utara-Selatan, laluan arah selatan mengalami trafik perlahan dari Bukit Gambir ke Jasin dan Seremban (KM274.3), manakala arah utara pula mencatatkan peningkatan kenderaan di kawasan Changkat Jering dan Taiping Utara, selain sekitar Terowong Menora.

Selain itu, kesesakan sepanjang 16 kilometer dilaporkan berlaku dari Simpang Renggam ke Ayer Itam akibat pertambahan kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:Kerja Pembinaan LRT Pulau Pinang Bermula Januari 2026, Tak Boleh Ditangguhkan

Keadaan trafik dijangka berterusan sehingga tengah malam seiring pergerakan warga kota yang pulang dari kampung halaman masing-masing.

Terdahulu, setakat jam 11 pagi, kira-kira 700,000 kenderaan dilaporkan sudah memasuki lebuh raya menuju ke ibu negara.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd