Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tom Holland Dan Zendaya Sah Bertunang

Pelakon terkenal Hollywood, Tom Holland dan Zendaya dilaporkan telah mengikat tali pertunangan yang berlangsung antara Krismas dan Tahun Baharu.

Tom Holland dan Zendaya bertunang

Tom Holland dan Zendaya

Foto: TMZ

Menurut laporan TMZ, Tom telah melamar Zendaya di salah sebuah kediaman keluarga Zendaya di Amerika Syarikat.

Majlis lamaran tersebut dikatakan berlangsung dalam suasana yang amat intim dan romantik, tanpa kehadiran ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cincin pertunangan yang berharga ini telah menarik perhatian ramai apabila Zendaya memakainya di majlis Golden Globes pada Ahad.

Perhiasan tersebut menampilkan berlian yang amat besar, menunjukkan Tom tidak berkira dalam pemilihan cincin untuk kekasihnya.

Hubungan cinta pasangan itu bermula pada tahun 2021, beberapa tahun selepas mereka bertemu di set penggambaran filem “Spider-Man: Homecoming”.

Artikel lain: Setahun Bercinta, Selena Gomez Dan Teman Lelaki Sudah Bertunang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun mereka merupakan antara pasangan yang paling digemari di Hollywood, mereka jarang membuat kenyataan tentang hubungan peribadi.

Menurut sumber yang sama, pasangan tersebut masih belum membuat perancangan perkahwinan kerana kedua-duanya mempunyai komitmen dan projek Hollywood yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sumber: TMZ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd